salam.
"sesungguhnya Allah tidak akan memberi ujian kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya dan menjadi lebih kuat"
redha itu perlu. apa buleh buat. setakat ada baldi kecik satu dan beberapa botol air kosong,aku tadah letak air buat bekalan 2 hari time tak dop air ni. i.Allah semua berjalan lancar. harap semua kerja dipermudahkan. :)
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima permohonan daripada pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) bagi pihaknya melaksanakan hentitugas sementara loji untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan serta menukar aset-aset utama yang mengalami masalah teknikal pada 14 Mac 2012 bersamaan hari Rabu.
Kerja-kerja yang dimaksudkan ialah penggantian ’Sluice Valve’ bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian ‘Delivery Sluice Valve’ bersaiz 1350mm pam no.7 dan ’Suction Butterfly Valve’ bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan ’Feeder’ elektrikal No.1.
SYABAS telah dimaklumkan oleh pihak SPLASH bahawa hentitugas ini perlu dijalankan segera sebagai persediaan awal sebelum menjalankan kerja-kerja penambahbaikan Pam Air Bersih untuk mencapai tahap kapasiti rekabentuk LRA berkenaan ke tahap 950 JLH (Juta Liter Sehari). Buat masa ini, loji tersebut masih belum mampu mencapai kapasiti rebentuknya dan hanya boleh mencapai pengeluaran sekitar 840 JLH sahaja dan terdapat kekurangan sebanyak 110 JLH. Justeru itu, pam-pam utama di Rumah Pam Bersih dan Rumah Pam Air Mentah memerlukan penambahbaikan bagi mengatasi kekurangan tersebut.
Untuk makluman, LRA SSP1 ini membekalkan air sebanyak 840 JLH ke 7 buah wilayah iaitu Wilayah Klang, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat dengan jumlah akaun melebihi 220 ribu dan dianggarkan sebanyak 1.0 juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur termasuklah kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Perlabuhan Klang, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Istana Klang, hospital dan kawasan-kawasan lain.
SYABAS ingin memaklumkan bahawa permintaan bekalan air di Negeri Selangor telah terus meningkat manakala rezab kapasiti bekalan air daripada 33 buah loji-loji sedia ada telah menyusut hingga ke tahap kurang daripada 3% kerana tiada sebarang pembinaan loji-loji baru yang boleh membantu meningkatkan rezab kapasiti bekalan air sedia ada. SYABAS ingin menjelaskan bahawa kadar agihan bekalan air yang boleh diagihkan pada masa ini adalah 4,326 JLH manakala kadar penggunaan bekalan air terkini adalah sekadar 4,230 JLH dan ini menunjukkan rezab kapasiti bekalan hanya 96 JLH sahaja. Disebabkan keadaan ini, hentitugas sementara LRA SSP1 yang membekalkan air berkapasiti 840 JLH akan mengakibatkan gangguan bekalan air.
SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.
Dengan rezab kapasiti simpanan yang kecil dan kadar permintaan yang tinggi, pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa hentitugas LRA SSP1 kali ini akan menyebabkan masa pemulihan (recovery)yang lebih panjang walaupun kerja-kerja yang dilakukan pihak SPLASH mengikut jadual. Adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat dan SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari kolam air terutamanya di sekitar Petaling dan Klang adalah kawasan yang terakhir akan pulih sepenuhnya. SYABAS juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat sekiranya perlu.
SYABAS akan berusaha bagi membuat sebarang penyediaan termasuk menyediakan simpanan dalam kolam air dengan secukupnya dan menyalurkan air dari sumber lain sekiranya rezab kapasiti membenarkan bagi mengurangkan tempoh masa pemulihan dan juga jumlah kawasan yang terlibat. Atas inisiatif SYABAS, kawasan-kawasan di Wilayah Sepang, Hulu Langat, Sabak Bernam, serta sebahagian Kuala Selangor dan Gombak akan mendapat sumber bekalan alternatif daripada sumber berasingan iaitu dari LRA SSP3 dan SSP2. Sehubungan itu, dijangka kawasan-kawasan ini tidak akan menghadapi gangguan bekalan air.
Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 192 buah tangki statik sekiranya diperlukan untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang strategik bagi membekalkan air pada waktu kecemasan. Pihak SYABAS juga akan mengaktifkan ERP Kod Kuning (mode standby) semasa menghadapi hentitugas ini.
Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh hentitugas LRA SSP1 tersebut. Mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.
Bilangan Wilayah terlibat : 5 Wilayah
1. Wilayah Hulu Selangor
2. Wilayah Petaling
3. Wilayah Kuala Lumpur
4. Wilayah Klang/Shah Alam
5. Wilayah Kuala Langat
WILAYAH HULU SELANGOR
- Kg. Sg. Serai, Kuang
- Kg. Kuang, Kuang
- Kg. Cempedak, Kuang
- Kg. Gombak, Kuang
- Kg. Baru, Kundang
- Kg. Melayu Sri, Kundang
- Kg. Permata, Kundang
- Taman Desa, Kundang
- Bandar Baru Kundang
- Kundang Jaya, Kundang
- Taman Rajmat Jaya, Kundang
- Taman Tasik Biru, Kundang
- Kawasan Industri, Kundang
- Keseluruhan Bandar Tasik Puteri
WILAYAH PETALING
- SS 1 – 6, PJ
- SS 7, Kelana Jaya
- SS 8, Trade Zone
- SS 9A, Sg. Way
- SS 20, Damansara Kim
- SS 21 & 21A, Damansara Utama
- SS 22, Damansara Jaya
- SS 22 – 23, Kg. Sg. Kayu Ara
- SS 24, Taman Megah
- SS 25, Taman Mayang Mas
- SS 26, Taman Mayang
- PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
- PJU 1A, Damansara Idaman
- PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
- PJU 6A, Kg. Kayu Ara
- PJU 7, Mutiara Damansara
- PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
- Taman Megah Mas
- Bandar Utama
- Tropicana Golf
- TTDI & Pinggiran TTDI
- Sg. Pencala
- Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
- PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
- U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
- Seksyen 12 hingga 14, PJ
- Kg. Melayu Subang
- U3, Subang Perdana
- U5, Mah Sing
- Subang Bestari
WILAYAH KUALA LUMPUR
- Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
- Kelab DiRaja Selangor
- Bukit Kiara Resort
- Pusat Sukan Bukit Kiara
- Pusat Sains Negara
- Suruhanjaya Sekuriti
- Bahagian Teknologi Pendidikan
- Pusat Konvensyen Sime Darby
- Jalan Segambir
- Jalan Belimbing
- Jalan Setia Bistari
- Jalan Setia Murni 1 hingga 12
- Jalan Setia Budi
- Jalan Setia Rasa
- Jalan Setia Raya
- Jalan Setia Jaya
- Jalan Medan Setia
- Jalan Setia Bakti
- Jalan Setia Kasih
- Plaza Damansara
- Taman Seri Beringin
WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
- Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
- Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
- Seluruh Kawasan Sunway Suria
- Seluruh Kawasan Puncak Perdana
- Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
- Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar
- Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
- Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
- Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
- Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
- Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
- Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
- Seluruh Kawasan Jalan Yadi
- Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
- Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
- Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
- Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
- Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
- Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
- Seluruh Kawasan Bandar Puteri
- Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
- Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
- Seluruh Kawasan Bandar Botanic
- Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
- Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
- Seluruh Kawasan Taman Sentosa
- Seluruh Kawasan Bandar parklands
- Seluruh Kawasan Kg. Idaman
- Seluruh Kawasan Taman Gembira
- Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
- Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
- Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
- Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
- Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
- Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
- Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
- Seluruh Kawasan Jalan Kastam
- Seluruh Kawasan Pandamaran
- Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
- Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
- Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran
WILAYAH KUALA LANGAT
- Tmn Perwira Sijangkang
- Tmn Sri Medan Sijangkang
- Meter Pukal - Kebun Baru Ke Bkt Kemandol
- Tmn Sijangkang Indah Sijangkang.
- Tmn Sijangkang Jaya
- Rancangan Rumah Murah Sijangkang
- Bt 8 Sijangkang
- Bt 8 1/2 & Bt 9 Kg Medan Sijangkang
- Bt 9 Kg Medan
- Bt 9 Sijangkang
- Bt 10 Kebun Baru
- Ladang Telok, Telok Panglima Garang
- Tmn Sri Panglima, Telok Panglima Garang
- Tmn Panglima, Telok Panglima Garang
- Tmn Dato Hormat , Telok Panglima Garang
- Tmn Emas , Telok Panglima Garang
- Tmn Halijahton , Telok Panglima Garang
- Tmn Desa Wira , Telok Panglima Garang
- Tmn Indah Jaya , Telok Panglima Garang
- Jln Kenanga Sijangkang
- Tmn Telok , Telok Panglima Garang
- Tmn Gembira (Jaya Utama) , Telok Panglima Garang
- Tmn Jaya Utama , Telok Panglima Garang
- Tmn Pahlawan
- Tmn Medan Indah , Telok Panglima Garang
- Tmn Perkasa, Telok Panglima Garang
- Tmn Pertiwi (Jalan Pertiwi 1,3,5) , Telok Panglima Garang
- Kg Mujahiddin Bt 9 Kebun Baru
- Jln Gotong Royong Bt 8 Sijangkang
- Jln Telok Mengkuang , Telok Panglima Garang
- Jln Kubur , Telok Panglima Garang
- Tmn Desa Wira , Telok Panglima Garang
- Jln Manggis Kg Medan
- Jln Pisang Kg Medan
- Jln Helang Kebun Baru
- Jln Merak Kebun Baru
- Jln Sekolah Bt 9 Kebun Baru
- Jln Murai Bt 9 Kebun Baru
- Jln Siantan Bt 10 Kebun Baru
- Jln Masjid Bt 10 Kebun Baru
- Jln Cempaka Bt 10 Kebun Baru
- Jln Enggang Kebun Baru
- Jln Rajawali Bt 9 Kebun Baru
- Jln Besar Sijangkang
- Ladang Telok , Telok Panglima Garang
- Kaw.Kilang Kebun Baru / Telok Panglima Garang
- Pekan Telok , Telok Panglima Garang
<copy right dari facebook PUSPEL SYABAS>
so,jomlah kita semua guna air secara berhemah. mintak2 pihak syabas apa semua tlg lah siapkan benda nih secepat mungkin. risau jugak kalau air simpan nih xcukup. kalau xcukup jap g susah plak.