terasa kosong juga hati ini,
bila aku melaung,gema yang membalas.
terasa kosong juga hati ini,
bila terasa cuma angin yang menemani diri.
kalau aku kaca,mungkin aku retak.
kalau aku kertas,mungkin aku koyak.
tapi aku manusia.
panjang aku mengeluh,dan mengeluh dan mengeluh lagi.
hidup bagai mati di situ. sunyi.
aku paksa gelak,aku palsukan senyuman.
mahu kekal di mata mereka,aku masih kuat.
kuat untuk hidup,walau seorang.
kuat lagi untuk melaksanakan angan yang aku cipta dalam sedar.
walau aku sebenarnya lemah,longlai.
tidak terlalu utuh untuk memikul.
No comments:
Post a Comment