Wednesday, August 8, 2012

Bersarang

assalamualaikum


lama sudah tidak ber-blogging.
nampak labah-labah buat sarang.
baru nak bersihkan. 
nantilah. 


ouh,skrg sudah ramadhan.
sudah 20 ramadhan. 
amalan macam mana? 
makin tua,makin tidak sedar diri mungkin.
terawih tiada satu dapat jejak ke masjid.
hancur. 


sekarang cuti. 
otak makin kosong. 
siapa bagi 3 bulan untuk cuti? 
bukan salah aku untuk mengosongkannya.
tidak mahu pikir apa-apa mungkin.
penat final belum habiss.



hidup?
berlari-lari bagai tiada hala.
takpe,aku yakin akan kembali ke asal. 
bila tiba waktu.
mungki tidak sedar lagi,
yakin akan kembali.


okay,cukup sudah sampai dekat sini.
selamat menyambut ramadhan dan selamat menyambut hari raya.

Thursday, May 17, 2012

Segmen : Tambah follower twitter

jom join segmen blog cik eyfa neh. 




Jika berminat untuk join segmen ni sila penuhi semua syarat-syarat di bawah.
  1.  CLICK DI SINI dahulu.
  2. Follow blog http://eyfaaliasstory.blogspot.com/
  3. Follow twitter beliau di @EYFAalias ( I will follow you back soon )
  4. Buat satu entry bertajuk "Segman : Tambah follower twitter" dan linkkan pada entry ini.
  5. Dalam entry itu sila pamer atau letakkan sekali id or link twitter anda.
  6. Tag kepada rakan-rakan anda yang lain (sekurang-kurangnya 2 orang) dan pastikan mereka tahu.
  7. Hantarkan link entry kita dekat  pada entry beliau itu.
  8. Lepas senarai yang join segmen ni keluar kita wajib follow Twitter mereka plak, okay.


okay,dah click dah. dah follow blog and twitter jugak. ID sy adalah suzanatahir. cool ha? :p oke,follow me,then i'm gonna follow u too. no offend. :)

skrg,nak tag, nur hannan dgn ismah rasyidah . diorang pun ada twitter jugak. so,that's why tag diorang. t 

cakap kat diorang through twitter. hahaha  oke,done. nt senarai dah keluar,t habaq mai. :D








Saturday, May 5, 2012

2nd Chance

wishing for a second chance.

I ignore the way you chasing me all days and nights.
I ignore your texts.
I ignore the way you said you love me.
I ignore our precious time.

and now I miss all those things
and I want a second chance.
But you are no longer can be fight for.


I wanted to still stay in the memories.

"In another life,I would be your girl."

:">





Monday, April 30, 2012

CONTEST : I LOVE MY FRIENDS

hohoi
pagi semua. lama dah tak join contest.
again,nak try naseb lah. :)



ni ha,blog aqma ni ade buat contest I love my friends. ^^

http://aqmadawilyz.blogspot.com/2012/04/jom-join-contest-i-love-my-friends.html
Klik Sini nak join. ^^

sape nak join,jomla. ^^






kenapa saya suka kawan dengan korang? 

saya suka kawan dengan diorang sbb diorang cool gile! (Y)
yang kat belah kiri tuh firah,yang kat kanan tuh zaty. 
ha,betullh tuh. kt tgh tuh lah sy. :)
kami2 ni selalu lah jugak amik masa nak luangkan masa bersama2 even masing2 busy dengan kije dan study.
even kami duk dalam 1 universiti,kami jarang jupe.
zafirah ni amik kos sains pendidikan,y zaty ni amik biotech,saya sendiri plak amik geology.
sebab bukan satu kos lah kami jarang jupe. 
amik mase hujung minggu je untuk lepak sama2 sambil2 mengumpat mana2 y tak puas hati. muehehe
gmbr ni diambil masa kite orang stop solat magrib dekat area mane enth. 
time tuh sesak dari putrajaya nak pegi seoul garden sebab ada sorang minah tuh nak belanje makan kan.
untung x diri neh ade org nak belanje seoul garden? hehe


oke,then sapai part nak tag org. nak tag sape eh? 
jap nak usha follower. :p
oke. saya nak tag oopet
oopet nt join jugak eh! .:D



oke. nak blah dah. nak buat assignment plak. -.- 
malas betul. nak blogging rajin plak kan?
join contest plak tuh.
*sekeh pale sendiri 3x
hahahaha


luck,be with me. ^^

Sunday, April 29, 2012

if you ever come back



I do know somewhere out there really wish you back to them like the old time.
can you just stay with me without the doubt? 

#np if you ever come back-the script

And I wish you could give me the cold shoulder,
And I wish you could still give me a hard time.
And I wish I could still wish it was over,
But even if wishing is a waste of time
Even if I never cross your mind.

I'll leave the door on the latch,
If you ever come back, if you ever come back!
There'll be a light in the hall and a key under the mat.
If you ever come back.
There'll be a smile on my face and the kettle on,
And it will be just like you were never gone. 


I dont want to go like the last time any more. I'll stood stay beside you in whatever it take. 
just don't go back to those people,like the old time. 

Tuesday, April 24, 2012

Hilangkan Stress



kebelakangan nih banyak sikit ujian. 
so stress itu harus ada. 
perkara normal. 


so,macam mana nak hilangkan stress? 


1. tidur
2. makan banyak-banyak
3. lari laju-laju
4. tumbuk bantal
5. patahkan pensel
6. melaung kuat-kuat dekat koridor waktu malam
7. main bersungguh-sungguh
8. baca lawak kampus
9. marathon movie
10. menangis. 



benda tuh boleh hilangkan sekejap stress.
buat kita lupa yang kita ada benda kena siapkan.
lepas dah hilang stress,mesti dapat buat kerja dengan lagi baik.
ouh,satu lagi. yang penting sekali dari semua kat atas adalah,
jgn lupa ALLAH. :)

Monday, April 23, 2012

a lot of problems


1. banyak assignment yang tertanguh. so,what to do? 

2. banyak barang macam nak habis,but my money is getting zero. so how? :o

3. me,become more and more gemukkss.. ouh,feeling a lit suck. wanna to jog around UM but dont have friends want to accompany me. :( 

4. lappy ade problem become blue screen setiap kali me tidak sengaja terhempas lappy ni. ouh,cmonn... just a lit drop. -.- this make me worry enough. -.-

5. Ink printer macam nak habis dah. no money,so no honey. 







a lot of things work with a lot of money. 
you got money then,you settle everything. 
except one thing. you know what? 
it's love. :)

Sunday, April 15, 2012

persimpangan


#np stronger-kelly clarkson

aku mengeluh tanpa suara,
ada ke yang mendengar?
berulang aku memujuk sendiri
hetak kakiku dengan kuat,
ada ke yang memahami?

mahu ku putar waktu kembali 
agar kau tahu aku adalah satu sesalan bagimu.



aku ungkapkan cintaku kepadamu dalam setiap doa di penghujung sejadahku. 
bebankan ku dengannya. 
:')

Tuesday, March 20, 2012

anniversary



there's a Up and Down 
there's a Cry and Laugh 
there's a Distance and Near
there's a Sweat and Sour
there's a Good and Bad

everything happened for a reason.
happy birthday sweetie. :)




私はあなたの日の後まで永久に愛する 
^-^

Sunday, March 18, 2012

it's a game.

salam semua.

selesai sudah game 2 hari kat UNITEN open hockey game. pengalaman baru.muka pun dah sunburn gegila ni. -.- tapi tahu ape y lagi cool?


okay,mulanya macam ni. kat open ni,main 7 sebelah beserta 2 simpanan. masa game keempat kiteorang,lawan UiTM kalau tak silap,tetiba keeper kami melompat dan salah jatuh. sakit abdomen. sebabkan masa tuh cuma tinggal aku dengan har je,aku tetiba je kena jadi keeper terjun. :o ouh,serius,aku cuak nak mati. tapi,xkan lah nak tarik diri from game tuh or main xde keeper? mmg cool habis ah kiteorng kena belasah dengan UiTM nt.


cool ha? (Y)



tuh aku lah tuh,jersi nu satu jadi keeper tuh. save bola tuh adelah. tak delah teruk sangat bocor tuh. hik2 best ah jugak dapat jadi keepr ni. pengalaman baru. 


"when you are in a game,what ever your position in it,you all always have one aim. it is just to win the each game"



p/s: muka sunburn ni bile nak hilang? aduish T.T



Wednesday, March 14, 2012

Air tak dop. T.T

salam.

"sesungguhnya Allah tidak akan memberi ujian kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya dan menjadi lebih kuat" 

redha itu perlu. apa buleh buat. setakat ada baldi kecik satu dan beberapa botol air kosong,aku tadah letak air buat bekalan 2 hari time tak dop air ni. i.Allah semua berjalan lancar. harap semua kerja dipermudahkan. :)



Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima  permohonan daripada pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) bagi pihaknya melaksanakan hentitugas sementara loji untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan serta menukar aset-aset utama yang mengalami masalah teknikal pada 14 Mac 2012 bersamaan hari Rabu.

Kerja-kerja yang dimaksudkan ialah  penggantian ’Sluice Valve’ bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian ‘Delivery Sluice Valve’ bersaiz 1350mm pam no.7 dan ’Suction Butterfly Valve’ bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH)  dan serta kerja-kerja penyenggaraan ’Feeder’ elektrikal No.1.

SYABAS telah dimaklumkan oleh  pihak SPLASH bahawa hentitugas ini perlu dijalankan segera sebagai persediaan awal sebelum menjalankan kerja-kerja penambahbaikan Pam Air Bersih untuk mencapai tahap kapasiti rekabentuk LRA berkenaan ke tahap 950 JLH (Juta Liter Sehari). Buat masa ini, loji tersebut masih belum mampu mencapai kapasiti rebentuknya dan hanya boleh mencapai pengeluaran sekitar 840 JLH sahaja dan terdapat kekurangan sebanyak 110 JLH. Justeru itu, pam-pam utama di Rumah Pam Bersih dan Rumah Pam Air Mentah memerlukan penambahbaikan bagi mengatasi kekurangan tersebut.

Untuk makluman, LRA SSP1 ini membekalkan air sebanyak 840 JLH ke 7 buah wilayah iaitu Wilayah Klang, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat dengan jumlah akaun melebihi 220 ribu dan dianggarkan sebanyak 1.0 juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur termasuklah kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Perlabuhan Klang, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Istana Klang, hospital dan kawasan-kawasan lain.  

SYABAS ingin memaklumkan bahawa permintaan bekalan air di Negeri Selangor telah terus meningkat manakala rezab kapasiti bekalan air daripada 33 buah loji-loji sedia ada telah menyusut hingga ke tahap kurang daripada 3% kerana tiada sebarang pembinaan loji-loji baru yang boleh membantu meningkatkan rezab kapasiti bekalan air sedia ada. SYABAS ingin menjelaskan bahawa kadar agihan bekalan air yang boleh diagihkan pada masa ini adalah 4,326 JLH manakala kadar penggunaan bekalan air terkini adalah sekadar 4,230 JLH dan ini menunjukkan rezab kapasiti bekalan hanya 96 JLH sahaja. Disebabkan keadaan ini, hentitugas sementara LRA SSP1 yang membekalkan air berkapasiti 840 JLH akan mengakibatkan gangguan bekalan air.

SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.

Dengan rezab kapasiti simpanan yang kecil dan kadar permintaan yang tinggi, pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa hentitugas LRA SSP1 kali ini akan menyebabkan masa pemulihan (recovery)yang lebih panjang walaupun kerja-kerja yang dilakukan pihak SPLASH mengikut jadual. Adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat dan SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari kolam air terutamanya di sekitar Petaling dan Klang adalah kawasan yang terakhir akan pulih sepenuhnya. SYABAS juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat sekiranya perlu.

SYABAS akan berusaha bagi membuat sebarang penyediaan termasuk menyediakan simpanan dalam kolam air dengan secukupnya dan menyalurkan air dari sumber lain sekiranya rezab kapasiti membenarkan bagi mengurangkan tempoh masa pemulihan dan juga jumlah kawasan yang terlibat. Atas inisiatif SYABAS, kawasan-kawasan di Wilayah Sepang, Hulu Langat, Sabak Bernam, serta sebahagian Kuala Selangor dan Gombak akan mendapat sumber bekalan alternatif daripada sumber berasingan iaitu dari LRA SSP3 dan SSP2. Sehubungan itu, dijangka kawasan-kawasan ini tidak akan menghadapi gangguan bekalan air.

Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 192 buah tangki statik sekiranya diperlukan untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang strategik bagi membekalkan air pada waktu kecemasan. Pihak SYABAS juga akan mengaktifkan ERP Kod Kuning (mode standby) semasa menghadapi hentitugas ini.

Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh hentitugas LRA SSP1 tersebut. Mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.


Bilangan Wilayah terlibat : 5 Wilayah

1. Wilayah Hulu Selangor
2. Wilayah Petaling
3. Wilayah Kuala Lumpur
4. Wilayah Klang/Shah Alam
5. Wilayah Kuala Langat

  WILAYAH HULU SELANGOR

  1. Kg. Sg. Serai, Kuang
  2. Kg. Kuang, Kuang
  3. Kg. Cempedak, Kuang
  4. Kg. Gombak, Kuang
  5. Kg. Baru, Kundang
  6. Kg. Melayu Sri, Kundang
  7. Kg. Permata, Kundang
  8. Taman Desa, Kundang
  9. Bandar Baru Kundang
  10. Kundang Jaya, Kundang
  11. Taman Rajmat Jaya, Kundang
  12. Taman Tasik Biru, Kundang
  13. Kawasan Industri, Kundang
  14. Keseluruhan Bandar Tasik Puteri
  
WILAYAH PETALING

  1. SS 1 – 6, PJ
  2. SS 7, Kelana Jaya
  3. SS 8, Trade Zone
  4. SS 9A, Sg. Way
  5. SS 20, Damansara Kim
  6. SS 21 & 21A, Damansara Utama
  7. SS 22, Damansara Jaya
  8. SS 22 – 23, Kg. Sg. Kayu Ara
  9. SS 24, Taman Megah
  10. SS 25, Taman Mayang Mas
  11. SS 26, Taman Mayang
  12. PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
  13. PJU 1A, Damansara Idaman
  14. PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
  15. PJU 6A, Kg. Kayu Ara
  16. PJU 7, Mutiara Damansara
  17. PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
  18. Taman Megah Mas
  19. Bandar Utama
  20. Tropicana Golf
  21. TTDI & Pinggiran TTDI
  22. Sg. Pencala
  23. Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
  24. PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
  25. U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
  26. Seksyen 12 hingga 14, PJ
  27. Kg. Melayu Subang
  28. U3, Subang Perdana
  29. U5, Mah Sing
  30. Subang Bestari
WILAYAH KUALA LUMPUR
  1. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
  2. Kelab DiRaja Selangor
  3. Bukit Kiara Resort
  4. Pusat Sukan Bukit Kiara
  5. Pusat Sains Negara                                    
  6. Suruhanjaya Sekuriti
  7. Bahagian Teknologi Pendidikan
  8. Pusat Konvensyen Sime Darby
  9. Jalan Segambir
  10. Jalan Belimbing                                         
  11. Jalan Setia Bistari
  12. Jalan Setia Murni 1 hingga 12
  13. Jalan Setia Budi
  14. Jalan Setia Rasa
  15. Jalan Setia Raya
  16. Jalan Setia Jaya                                          
  17. Jalan Medan Setia
  18. Jalan Setia Bakti
  19. Jalan Setia Kasih
  20. Plaza Damansara
  21. Taman Seri Beringin

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM 
  1. Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
  2. Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
  3. Seluruh Kawasan Sunway Suria
  4.  Seluruh Kawasan Puncak Perdana 
  5.  Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah 
  6. Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar 
  7. Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
  8. Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri        
  9. Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam      
  10. Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru    
  11. Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
  12. Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
  13. Seluruh Kawasan Jalan Yadi
  14. Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
  15. Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
  16. Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
  17. Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
  18. Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
  19. Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
  20. Seluruh Kawasan Bandar Puteri
  21. Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
  22. Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
  23. Seluruh Kawasan Bandar Botanic
  24. Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
  25. Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
  26. Seluruh Kawasan Taman Sentosa
  27. Seluruh Kawasan Bandar parklands
  28. Seluruh Kawasan Kg. Idaman
  29. Seluruh Kawasan Taman Gembira
  30. Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
  31. Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
  32. Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
  33. Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
  34. Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
  35. Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
  36. Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
  37. Seluruh Kawasan Jalan Kastam
  38. Seluruh Kawasan Pandamaran
  39. Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
  40. Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
  41. Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran
WILAYAH KUALA LANGAT
  1. Tmn Perwira  Sijangkang
  2. Tmn Sri Medan  Sijangkang
  3. Meter Pukal - Kebun Baru Ke Bkt Kemandol
  4. Tmn Sijangkang Indah  Sijangkang.
  5. Tmn Sijangkang Jaya
  6. Rancangan Rumah Murah Sijangkang
  7. Bt 8  Sijangkang
  8. Bt 8 1/2  & Bt 9 Kg Medan Sijangkang
  9. Bt 9  Kg Medan
  10. Bt 9  Sijangkang
  11. Bt 10 Kebun Baru
  12. Ladang Telok, Telok Panglima Garang
  13. Tmn Sri Panglima, Telok Panglima Garang
  14. Tmn Panglima,  Telok Panglima Garang
  15. Tmn Dato Hormat , Telok Panglima Garang
  16. Tmn Emas  , Telok Panglima Garang
  17. Tmn Halijahton  , Telok Panglima Garang
  18. Tmn Desa Wira  , Telok Panglima Garang
  19. Tmn Indah Jaya  , Telok Panglima Garang
  20. Jln Kenanga  Sijangkang
  21. Tmn Telok  , Telok Panglima Garang
  22. Tmn Gembira (Jaya Utama) , Telok Panglima Garang
  23. Tmn Jaya Utama  , Telok Panglima Garang
  24. Tmn Pahlawan
  25. Tmn Medan Indah  , Telok Panglima Garang
  26. Tmn Perkasa, Telok Panglima Garang
  27. Tmn Pertiwi (Jalan Pertiwi 1,3,5) , Telok Panglima Garang
  28. Kg Mujahiddin  Bt 9 Kebun Baru
  29. Jln Gotong Royong  Bt 8 Sijangkang
  30. Jln Telok Mengkuang  , Telok Panglima Garang
  31. Jln Kubur  , Telok Panglima Garang
  32. Tmn Desa Wira  , Telok Panglima Garang
  33. Jln Manggis  Kg Medan
  34. Jln Pisang  Kg Medan
  35. Jln Helang  Kebun Baru
  36. Jln Merak  Kebun Baru
  37. Jln Sekolah  Bt 9 Kebun Baru
  38. Jln Murai  Bt 9 Kebun Baru
  39. Jln Siantan  Bt 10 Kebun Baru
  40. Jln Masjid  Bt 10 Kebun Baru
  41. Jln Cempaka  Bt 10 Kebun Baru
  42. Jln Enggang  Kebun Baru
  43. Jln Rajawali  Bt 9 Kebun Baru
  44. Jln Besar Sijangkang
  45. Ladang Telok  , Telok Panglima Garang
  46. Kaw.Kilang Kebun Baru / Telok Panglima Garang
  47.  Pekan Telok  , Telok Panglima Garang  

<copy right dari facebook PUSPEL SYABAS>



so,jomlah kita semua guna air secara berhemah. mintak2 pihak syabas apa semua tlg lah siapkan benda nih secepat mungkin. risau jugak kalau air simpan nih xcukup. kalau xcukup jap g susah plak. 

Wednesday, March 7, 2012

musim test

salam semua.


okay,sekarang dah start dah musim2 test. :-S ea,gemuruh itu harus adalah dalam hati ni. mklumlah,last sem result tidak memuaskan hati sgt. tapi,syukur dahlah at least aku tak dapat lagi teruk.  :) i.Allah,this sem kena belajar lagi baik lah. kesian jugak tgk muka mak aku time cakap pasal result aku. bukan ape,result aku tak delah teruk sgt pun,tapi tuh lah. harapan mak bapak. T.T nati,kena wat molek lagi. chaiyok! :D


esok ada test mineralogi,next week ada geostat kot. risau betul dgn mineralogi nih. well,sape cakap senang tuh mmg aku hatuk kepale kau kat dinding. susah wei! dahlah 4jam kedit. kalau failed subjek ni mmg nangis tak berlagu ah. dah lah aku belajar dgn prof yang mmgg kiteorang "sgt suka". -.-" ouhhh,dugaan sem ni. tapi takpe,i,Allah,ade hikmah di sebalik apa yang berlaku. geostats tuh bnyk math. aku risau jugak sbb dah lama dah tnggl math. dulu dgn sekarang mana lah sama.:-S kena belajar lah. aku ni nak sentuh buku pun malas, haihh.. terukk betul .T.T macam mane nih? :o




ouh,ouh! ada satu lagi benda yang buat aku happy. aku join open Hockey UNITEN nati. :D alaa,diorang pilih aku cukup team je. aku bukan terer sgt pun. nak banding dgn budak2 lain,aku rilek2 je lah. tapiiiiiiiiiiii,ni lah 1st time aku cakap kat mak aku pasal hoki,mak aku suka sbb ye cakap hebat lah kalau orang buleh wakil universiti ni. :D mak aku tak suka sgt aku main hoki sbb hoki ni kan kasar sikit. xmolek katanya. takpelah mak,nt ana hati2. :) jgn risau.hik2

zaman memuda main hoki. oke,mane mah? :o hik2



lagi satu cerita,aku balik kampung weekend last week. enth ape mimpi pak Islami xnak buat kelas geostatshari jumaat hari tuh. ape lagi,aku punyalah mood homesick nak mati terus call abg aku cakap nak balik. bising kejap dia. ealah,tapi kasih abng macam tuhlah.^^ last2,tiket xbeli tiket lagi,redha jelah malam khmis tuh ada tiket ke tak. naseb baik ada. :D dapatlah balik kampung. hik2 duk kampung,bnyk gile aku makan. well,kempunan lah. kat sini nak makan ape sgt. hari2 makan ayam je,muka pun dah macam ayam. :p  parokssssssssss. hik2 itulah hidup org duk universiti ni.


oke,PTPTN dah masuk. tapi masuk sikit je. buleh imagine tak yuran aku ni 2000 sayang,2000! PTPTN berapelah sgt. aku ada dalam 3 bulan lagi before habis sem 2 ni. oke,cu cite camne nak hidup? :o aku pun dah pening dah pk sal ni. Alola.. :-S ni ujian ni. dahlah elaun suksis xmasuk2.sabar jela kan. :) i,Allah,ada rezeki mane2. ^^ aku ni pun asyik boros je. kena pandai jimat sikit. kesian abang aku asyik mntk duit dgn dia je.. :p cmne lah nak kahwin nati! hahaha


oke2,babai.takat ni je menagarut. nak pegi mandi lu. babai. :D

Monday, February 20, 2012

pengertian



tidak ia mintak satu ikatan yang dimana kau gantungnya tidak bertali,
tidak ia mintak satu peninggalan yang abadi,
satu pengakhiran untuk satu prmulaan yang dulu diagungkan,
satu-satu janji yang ditabur bukan mahunya dituntut tapi perlu ditepati,
setiap kata cinta yang lahir dari hati perlu kau tetapkan bukan dipadami,
setiap dilema prasangka yang wujud,
untuk setiap hati yang terluka kerana jiwanya yang tidak dipujuk,
untuk suatu hati yang mati kerananya,
untuk setiap permahaman yang tidak pernah kau mengerti 
setiap harapan yang dihancurkan
setiap sadis yang dimulai dengan gelak ketawa
mungkin akan berubah dengan sedikit pengetian
yang dari hati atas ungkapan kasih
untuk satu kehidupan bersama.


ini bukan perihal aku,ini perihal kau yang tak mengerti akan sesuatu keadaan dan menghukum sebelum mengetahui mengapa.hati kau tidak  terjaga,mungkin ada yang lebih merana kerana beban yang tertanggung atas bahu. bebankan ku dengan nya......... :)









Saturday, February 18, 2012

Alhamdulillah,settle. :)

salam semua.

oke,TQ kat en ashari sbb z rasa sbb dia z dah settle masalah. ape masalah nya?



begini,sbgai anggota SUKSIS,patut z kena tukar bilik and duk tngkt 5 sekali dengan senior apa. tapi,tapi,sbb bilik tak cukup kat level 5,so kami2 yang mmg kat kk12 ni xpayah nak pindah bilik dah. :) Alhamdulillah. 
bukan apa,serius,malas nak mati packing barang and pindah bilik. lagi2,tak tahu bakal roomate macam mana kan? naseb tak baik kena duk dgn senior or inter.sape nak? perghhhhhhh. korang tak tahu,senior dengan inter SUKSIS ni semua bajet2 je. belum lagi minggu nteraksi kiteorang senior junior dah gaduh kot. amboi. :p bukan nak cakap kami besar kepala,tapi diorang tidak mempunyai sesuatu nilai untuk kami respect. :p 


ada satu isu berbangkit disini. hari tuh time kami pergi menembak di Manting Negeri Sembilan,masa tgh hari ramai junior tak dapat makanan tgh hari sebab senior2 kami yang "MAKAN LEBIH" *haram oke*. z pun xdapat jugak makan tgh hari. time tuh lapar siot and matahari time tuh serius betul2 atas kepala. dengan air pun z dapat cuma 1/4 gelas share dgn budak2 lain y xdapat. T.T korang imagine lah,kami2 nih before tuh kena jemur dek Tuan Zul,phtuh xleh plak makan and paling sadis minum air lah. hohoi. naik kejap darah n. :p:p



isu nya macam ni,makan tuh bnyk. siap ada lebih lagi. tapi,kenapa makanan sapai tak cukup? senior2 lah amik tu. *tak berkat * diorang tak bagi junior2 amik dulu sbb kan kena RESPECT. kau junior,buat cara junior. kepale hotak hang. -.- kalau amik lambat pun,kalu nasik tuh ade,mmg aku tak kisah lah weiiiiiiiii. ! sabar jela. sbb kan perkara ni,mereka2 ditegur oleh Puan Husniza. Beliau ni kira Otai lah lam SUKSIS UM ni. kami2 yang junior tak dapat makan ni macam MANGSA lah. hik2 



disini adanya isu berbangkit ni sbb kan mereka2 macam tak puas hati dgn kiteorang. tambah2 plak,pompuan ni kalau tak simpan dendam tuh mmg tak sah lah kan. mulut tuh,tipulah kan kalau tak mnyumpah sepatah dua. :p:p tambah2 plak,lepas je kiteorang balik dari muar,Tuan Zul tuh xhabis2 duk puji kami2 skuad junior ni. well,terbaik kan setakat ni. bukan nak cakap kami ni anak emas atau manja,tapi isu kemanusiaan itu perlu ditegakkan. hahahahahahaha


oke,sekian situ. selesai semua masalah sebab z xpyh pindah. :p even roomate sekarang ni ade sikit masalah,tapi lagi baiklah dari sebilik dgn budak2 senior2 yang macam ape tuh. hik2 oke,blah dulu. 

dah happy dah. :D

Friday, February 10, 2012

menembak. :D

salam semua.



semalam last day menembak. pengalaman baru. :) pegang m16 dengan revolver. well,main dengan peluru hidup,yang kena orng mati. :p bukan apa,excited lah. tak pernah merasa dalam hidup. benda baru lah. lepas sentuh benda alah tuh,baru aku tahu betapa susahnya nak jadi penembak. -.-

hari tuh buat latihan menembak kat padang sasar mantin,negeri sembilan. sampai je turn z masa 1st day tuh kena pllak menembak time matahari duk tepat je atas kepala ni. -.-' sabar jela kan. tembak 22 butir peluru dari jarak 100m guna riffle m16. cool huh? kalau korang rasa tak cool,well benda ni z rasa cool sbb z pernah rase,kau ade? hik2 2nd day kami menembak guna revolver dengan berbekalkan 30 butir peluru. time revolver z lagi okay lah dari guna m16. :D




aril,diba. 


z lagi suka pakai baju operasi dari pakai baju uniform. hohoi y operasi ni nampak macam simple sikit dari yang uniform tuh berlambak benda y kena pakai. -.- menyampah betul lau ade hari yang kena pakai uniform.  


ouh,sebelum terlupa,timeline fb z tertukar dengan sendiri nya menjadi timeline y baru tuh. urgh baik tak payah tnya lah kan nak buat ke tak. next time terus je tukar oke? *bengang* siap ada cover ape nth bagai. pelik betul. 


oke.setakat ni je nak menulis. banyak benda nak buat hari ni. settle kan isi segala borang dan basuh baju. :p sem baru dah nak mula,so? z pun tgh pikir apa y kena buat sbb nak masuk sem baru ni. hik2 harap2,next sem lagi baik dari this sem. amin.:)


blah dulu. salam. 

Sunday, February 5, 2012

Pictures Of The Year 2011 Contest


salam semua.


http://khadhari.blogspot.com/2012/01/pictures-of-year-2011-contest.html


hohoi. ade nampak contest ni masa jejalan kat blog. hari ni dah tarikh last ye. :p well,luck might be with me.so apa lagi? try ah join. hehehe


my best picture of the year 2011 is:




aah,picture yang z buat header kat atas tuh. ni gambar seminggu lepas minggu orientasi z masuk UM. pegi jejalan sekitar UM.so,ni kawan y baru kenal kat UM je. first picture kami. :) amik gambar bawah sinaran lampu. hahaha




okay,sekarang nak tag 3 orang ni:

Arra Ahmad
cik rapunzel
yana yassin




ade luck ke tidak ha?  tak cuba tak tahu. ok,done. :D

kembali

salam semua.

apa khabar? lama tak menulis disini. busy ouh.:D
baru balik dari muar ni. hohoi gelap gulita dah muka ni.


sejak menjak jadi suksis ni,z rasa banyak jugak lah effect kat z ni. contohnya macam dari segi disiplin dan jugak kekemasan. well,effect dia tuh sikit je. kui2 at least adalah. nampaklah jugak input dalam diri ni selelpas join benda alah ni.


pergi pulapol muar hari tuh best jugak lah aktiviti dia. lagi2 dalam aktiviti kumpulan. mmg betullah,lama2 dah makin kita tua,kita berubah ke arah kematangan. tiada isu disitu. :) kat sana banyak presentation. peluang untuk bercakap tuh banyak. bila pakai sesuatu uniform,kita bawak suatu perwatakan yang membuatkan orang kagum dgn kita. so? kita kenalah berani,confident and bnyk lagi supaya orang rasa selamat dengan kita. :)



people make mistake. always. bawa benda tuh sebagai penunjuk untuk masa depan yang lagi terbaik. kita mmg tak boleh jadi sempurna,tapi sekadar untuk yang terbaik kepada diri kita tuh mmg kita boleh buaat. percaya pada diri sendiri itu perlu.


masa kat sane ade p jenguk tanjung mas dgn bukit kepong. tak pernah sampai dekat johor ni. sukalah jugak dapat p tanjung mas. well,cool place. sejuk je hati dapat pegi tempat2 camtuh. :D

semalam lepas balik tuh ade dinner kat restoran nelayan dekat area titiwangsa. ade orang belanja bai. tak pergi rugilah. :p boleh merasa steamboat free2.ki2 thanks to athif.:D semalam tuan zul and cik jamal ada cakap lah y skuad junior ni terbaik lah antara ketiga2 skuad. :D sape tak suka? datuk rohana pun macam dah suka dah dgn kiteorang punya skuad. kena jadi anak emas lah wei kalau nak sedak gak. :D harap2 dapat kekal sebagai best skuad. :) i.Allah. when there's a will,there's a ways.


berbalik kepada result plak. agak terkejut lah ada certain subjek y z target tapi lari target. sedih jugak lah. tapi bersyukur lah pada apa yang dapat. next sem nak buat lagi baik. kena struggle hard. jgn study last minutes dah. :( sedih betul.



skuad junior. :)





cukuplah nak merapu ni. jumpa lagi next post. salam. :)

Wednesday, January 18, 2012

Tentang Dia-Dian

ku lari ke hutan kemudian menyanyiku.
ke lari ke pantai kemudian teriakku.
sepi,sepi dan sendiri aku benci.
bikin bingar,aku mahu dipasar.
bosan aku dengan penat.
dan enyah saja kau pekat.
seperti berjelaga ku sendiri.

pecahkan saja gelasnya biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja locengnya
biar terdera
atau harus ku lari ke hutan
baru ke pantai. 






ada apa dengan cinta.
tentang dia-Dian

Tuesday, January 17, 2012

almost there. :D

salam semua.

hohoi. lepas je paper Basic of Minerals,Rocks and Fossils td,bising je bebudak ni duk bersorak bagai kat lab tadi. okay,paper cuma tnggal satu je lagi and then FREEDOM! ouh,tak sabar rasa. :DD dah lama dah rasa duk tunggu nak habis paper.

yela.bebudak kos lain berderu dah duk goyang kaki kat rumah since last week lagi. z jugak yang duk terkodek2 kat sini mengadap nota2 lagi untuk mengadap sisa2 paper.T.T nasib baik z duk floor senior. ramai jugaklah diorang yang habis lambat.so,tak lah rasa macam duk sesorang je kat floor ni. hahaha


semalam ada paper S&T. yeah,last minutes study sometimes worth,and sometimes it just screwed you. XD paper tuh okaylah. cuma paper yang petang td je KO sikit. susah pelik je soalan rock. ouh,demmit. -.- tak confident kot paper tadi. harap still can get B at least. please luck,be with me. hmmm


z duk merapu bagai ni,z rase z xpernah mention kan z amik kos ape? okay,i'm taking Bsc Sciene (Geology). dan ea nya PURE bukan applied. geology ni cool. seriously cool. tahu kenapa cool? sbb kos ni korang ley main dgn mineral2 yang mahal2. hohoi tu jela permainan korang. then kita belajar macam mane bumi ni. orang selalu igt Geology ni Geography. -.-' please lah,it's more than that. korang akan belajar mapping,macam geography tuh dan jugak kena tahu pasal inside of the earth. kalau tak mcm mane lah nak tahu mcm mane nak cari GOLD kan? XD





amik dari cik google. hahaha kinda of funny. everything good for being geologist. oke,bebudak spm yang duk kalut pikir mase depan tuh,meh pakat amik geology. hohoho



oke,next things to do. tadi lepas habis exam trus je balik,layan chuck sapai nangis2 sbb chuck cool sangat.
"i'll do anything for sarah" . hik2 dapat husband macam chuck pun cool ouh.


coolest CIA agents. :D
chuck bartowski and sarah walker. 



jap lagi nak lipat baju,simpan note yang tak guna then sambung balik layan cerita. dah habis chuck pekena prison break sekali lagi. tak tipu,scofield sgt cool. hik2 bnyk kan nak tgk cerita? hahaha okay.chow semua. 


p/s: layan cerita bagai macam org dah habis exam dah. hik2

Sunday, January 15, 2012

sepi



terasa kosong juga hati ini,
bila aku melaung,gema yang membalas.
terasa kosong juga hati ini,
bila terasa cuma angin yang menemani diri. 
kalau aku kaca,mungkin aku retak.
kalau aku kertas,mungkin aku koyak.
tapi aku manusia. 
panjang aku mengeluh,dan mengeluh dan mengeluh lagi.
hidup bagai mati di situ. sunyi.


aku paksa gelak,aku palsukan senyuman.
mahu kekal di mata mereka,aku masih kuat.
kuat untuk hidup,walau seorang.
kuat lagi untuk melaksanakan angan yang aku cipta dalam sedar.
walau aku sebenarnya lemah,longlai.
tidak terlalu utuh untuk memikul.





Burung Biru

salam.


okay.saja nak cakap kat korang semua yang z pun ada twitter. just put that "follow me" button dkt blog. :D sesape yang ada twitter jugak,jomlah kita follow mollow. seriously,i'm addicted to twitter. :) kalau nak banding twitter dgn facebook,baik twitter lah. tak kenal org tuh pun kita boleh tegur. facebook ada? hahaha kalau korang buat dekat fb,sah2 org tuh pelik gile. serious tak tipu wei. :p






satu lagi nak cakap,yang untuk pengetahuan korang lagi,blog ni still baru. still baru sangat2. tapi z bukan lah blogger baru. since f3 lagi dah beberapa kali main blog ni.ouh okay.kenape buat blog baru? hahahaha ni sbb yang before ni bila dah baca balik rasa macam tak matang je cara berblogging tuh. rasa malu dgn diri sendiri. hik2 tak dela,actually blog2 z before ni lama z tak update. so,terus jela z shut down. niat di hati yang ni i.Allah,kekal lama sikit. dah penat dah tukar2 blog ni. btw,blogger skrg pun dah maju. tak kampung macam dulu. tak payah nak edit html ape lah kalau setakat nak blog lawa. tutorial pun dah berlambak dah kat blog2 sifu kalau korang nak blog korang cantik. kan?




okay. tuh je nak cakap kat korang. pe2 hal,next post plak. satu penyakitlah,kalau korang dah lama tak blogging,mesti jadi macam z. terus macam asyik nak post je. hahaha ok. chow dulu. nak g jejalan kat blog korang plak. :D



dah sabtu dah? :o

salam.


cepat betul masa berlalu. rasa macam ada pencuri masa. macam dalam cerita spy kids 4 tuh. XD hik2 kadang,kita mmg terlupa untuk menghargai masa.  ada masa,duk habis ke benda2 yang tak berfaedah je. alola. :-S

okay. hari ni dah hari sabtu. 3 more papers to go for next week and then,FREEDOM! tak sabar nak balik rumah time cuti CNY and qada tidur banyak2.! hahaha tapi yang sedih nya,cuti 4 hari je kot. :( cuti midsem kena pergi latihan SUKSIS. dah lama kot. hitam lah jap lagi. hoho *bajet putih je*


tersedar subuh tadi,tgh internet UM ni laju semacam je. apa lagi,bukan nak bukak buku,tapi p download cerita harry potter. okay,sape tak pernah layan harry potter rugi lah kot. sbb cte ni mmg best! hoho tak percaya,try lah tgk. tapi jangan lah korang start tgk yang latest2 je, kang tak paham kang sibuk je duk tanya org bagai pehal plak cte tuh macam tuh. :D z pun dulu macam tuh lah. start tgk HP bukan dr awal. dah tuh duk sibuk tnya,pehal plak Harry macam tuh? hahahaha sekali kawan bagi terus lappy dia,suruh tengok dari awal sapai akhir. LOL lepas tgk tuh,ape lagi. jatuh cinta lah dgn si Ron ni.kui2 serious cerita ni,korang tgk byk kali pun tak boring.

p/s:tq sbb wifi laju,z dah ade semua collection HP. hehe



ron weaseley. :))


okay.isnin selasa ada paper ni and tak de gap. -.- tapi skrg rela lagi duk atas katil blogging and jejalan blog org. hoho mood tak de. macam mana nak belajar. ye mmg,z pun tahu tak molek belajar last minutes. tapi nak buat macam mana. tuh adelah fenemona bebudak universiti. hik2 study last minutes,pulun sapai habis,lepas exam je terus kepala otak shut down untuk belajar. hik2

kadang2 mmg penat belajar,rasa nak terus ade kje sbb nak rasa duit sendiri. tapi,dgr senior2 duk cakap,risau jugak bila dah kje,even masa untuk diri sendiri pun hilang. huhu so,konklusinya,live your live. :)
tak payah duk hambat benda yang belum tentu membahagiakan diri kita. hidup untuk waktu sekarang dan nikmatinya. :) betul kan?



okaylah. z pun nak pegi basuh baju yang berlambak dalam raga nuh sbb sbuk exam,diri sendiri pun tak terurus. hoho chow dulu. :)



p/s:  mintak2 tak ramai tunggu turn for mesin basuh. hehe

Friday, January 13, 2012

redha

salam.

dah pagi dah.blogging sanggup tapi nak mengadap buku dan note2 yang bersepah atas meja ni dah malas. rase dah cuku ilmu di dada ni jadi macam ni lah. malas je rase. -.-


tak boleh sebenarnya malas2 ni. risau jugak pikir esok takut tak leh jawab ape. tadi ade intai soalan past year.tgk section B ade suruh buat 2,3 esay satu2 markah 15. :o nak suruh cerita apelah sapai 15 marks? y 5 marks pun dah blur dah. alola. :(

bukan tak nak belajar,tapi malas menguasai diri. bukan tak pikir harapan family,tapi macam dah penat belajar. stress itu ade. berat rase beban kena tanggung. baru je belajar. tak jadi bini org lagi. XD

harap esok still dapat jawab dgn baik. kena baca jugak slow sbb risau takut esok blur. actually,risau sesangatlah yang part dr iskandar ni sbb dia ajar part dia tak bagi slide. so,kami2 ni mmg tak tahu lah nak belajar apa. -.- dah lah dua2 test yang dr iskandar punya part z failed. cool huh? tak pun. risau jugak lah ni takut buleh teruk. actually,kalau nak skor,paper ni mudah skor sbb tak de praktikal.

ptut z kena pkir mak bapak kat kg tgh mengarap z ni jadi org bijak pandai. dapat result molek2. tak lupa jugak pada saem2 z yang mmg anggap z ni budak pndai. bukan nak cakap bngga diri disini,pndai itu bukan terletak pada sesuatu yang mudah diperolehi,usaha tuh ade. so,i need to maintaain it. kena lah jaga kita punya impression. :) kena buat baik2 exam.


okay,jomlah mengadap balik buku2 dan nota2 tuh. jgn main2 lagi. takut menyesal kemudian hari xde guna lah. mintak Allah hmbt setan2 yang duk hasut aku ni malas belajar. kesedaran tuh ade,tapi kekuatan nak menolak nafsu itu tiada. :(

mintak2 dipermudahkan segala urusan oleh NYA. amin.




Wednesday, January 11, 2012

exam!

salam. :D




okay. baru je sudah 2 paper. lagi 4 paper lagi kena mengadap. btw,hari tuh between those two paper,z balik kampung. XD seriously? yeahhh,seriously. nak balik rumah sbb homesick sgt. T.T naseb baik abg belikan tiket sbb diri nih dah POKAI gile. hehe
okay,firstly mmg aku nak say TQ bnyk2 kat family aku sbb tlg SUPPORT aku gile2 sbb duit PTPTN aku dah habis. :( yela,yuran kat UM ni saje pun dah makan dekat 2000++++++. -__-' kalau setakat dgn PTPTN,x bhagia sgt lah duk tgh bndr ni. ouh,org cakap lah baucer buku tuh dah boleh amik. woot2! nati nak amik buat beli buku mahal2 sikit. :D




beralih pada kertas2 aku plak. 1st paper hari tuh APK je. tahu x ape APK? Asas Pembudayaan Keusahawanan. ni belajar pasal macam mana nak jadi usahawan lah. LOL kos wajib universiti. tak lah susah sgt sbb ABC je. untuk mengelak kan meniru,bahagian peperiksaan buat 2 set soalan. ERGH i'm just planning with budak2 ni nak copy each other. ABC je pun. :)) tak pela,mane2 y tak tahu tuh terus je z tembak. :p

then,goes to MAPPING.*killer subject*
hari tuh duk berharap keluar map cartoon je untuk practical. sekali keluar map betul :((




ha,peta kat atas ni lah keluar exam z. for topography profile pun 25% mark. demn2. susah lah nak lukis kalau peta betul. dah lah soalan dia bnyk,but each question markah 2 je? -.-' yang tuh mmg tak bleh blah ah.


takpela,i.Allah,ade rezeki mane2 dapat molek.. lagi 4 paper kena exam ni. luck,pls be with me. :)


okay,nak chow dulu sbb nak g mandi nak tmn wana pegi masjid jamek nak beli barang kejap. XD




  1. p/s: actually janji 11.30,skrg dah 11.10 dah kot. hik2 mandi pun xlagi. SORRY! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...